Cari @ Amanz

Bulan September kini menjadi bulan pilihan utama untuk para pengeluar peranti memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka. Selepas Samsung, Sony, Motorola dan juga Apple, kini LG turut bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, pada minggu hadapan.

Telefon pintar terbaru daripada LG ini bakal dilancarkan bersama-sama dengan cip pemprosesan Qualcomm. Dan mengikut kemaskini saluran YouTube mereka akhir-akhir ini, berkemungkinan besar ia adalah LG Optimus G.

Memandangkan ia bakal diumumkan bersama-sama dengan pengeluar cip pemprosesan, mungkin kita akan dapat melihat LG mengeluarkan peranti dengan tenaga pemprosesan yang laju, ataupun sesuatu yang baru pada Snapdragon.

LG bakal melancarkannya pada 20 September kelak (waktu Malaysia). Sama-sama kita nantikan apa yang bakal dibawakan oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd