Setelah memulakan tawaran perkhidmatan internet P1 di Sabah pada bulan Ogos lepas, semalam pihak Packet One secara rasminya melancarkan perkhidmatan mereka di sana, dan pada masa yang sama turut mengumumkan yang mana ia bakal diperkenalkan di Kuching sebelum penghujung tahun ini.
Pada awal tahun ini, P1 mengatakan mereka akan melabur sebanyak RM30 juta dalam mempertingkatkan perkhidmatan mereka di Sabah dan Sarawak. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di beberapa lokasi di Kota Kinabalu sahaja. P1 mengatakan mereka akan memperluaskan kepada lebih 80% penduduk di Kota Kinabalu dalam 6 bulan akan datang ini, selain turut memperkenalkannya di Sandakan dan Tawau.
Selain daripada itu, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia turut berkongsi data semasa mengatakan kini terdapat lebih 17.5 juta pengguna internet di Malaysia.