Cari @ Amanz

Salah satu perkhidmatan Apple yang tidak menerima permintaan dan tidak digunakan ramai adalah laman sosial mereka, Ping. Kini, ia kelihatan, perkhidmatan tersebut akan dimatikan oleh Apple pada 30 September kelak.

Ping sebelum ini telah diperkenalkan lebih kurang dua tahun lepas, dan didatangkan bersama-sama iTunes 10. Ia menawarkan para pengguna bersosial dengan berkongsi lagu dan album yang mereka sedang dengar, disamping melanggan kepada artis dan muzik.

Namun, ia kelihatan perkhidmatan tersebut tidak menerima sebarang permintaan, sedangkan Twitter dan Facebook terus mengukuhkan kedudukan mereka.

Kini, Apple sendiri kelihatan telah mula mengintegrasikan Facebook dan Twitter dengan lebih menyeluruh pada sistem operasi mereka, dan sekaligus menjadikan Ping tidak lagi relevan.

Bagi anda yang pernah menggunakan Ping, jangan lupa berkongsi pengalaman anda berkenaan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd