Apple Store Malaysia Membuka Pra-Tempahan Untuk iPod Touch Dan iPod Nano Baru

Apple Store Malaysia Membuka Pra-Tempahan Untuk iPod Touch Dan iPod Nano Baru

Diterbitkan pada Sep 14, 2012 oleh .

Setelah diumumkan semalam, kini Apple telah pun membuka pra-tempahan awal untuk dua peranti baru mereka, iaitu iPod Touch generasi ke lima, dan juga iPod Nano baru. Bagi mereka yang berminat, boleh mula melakukan pra-tempahan awal hari ini, dan menerimanya pada bulan Oktober kelak. Daripada apa yang dilihat, pra-tempahan untuk iPod Touch dihadkan untuk dua unit seorang, manakala tiada had untuk iPod Nano.

iPod Touch baru, seperti semua sedia maklum, membawakan skrin bersaiz 4-inci dengan paparan Retina, kamera 5-megapixel, menggunakan cip pemprosesan A5, serta didatangkan bersama-sama iOS 6 padanya. Ia turut disertakan bersama kabel Ligthning serta Apple Earpods. iPod Touch ditawarkan dalam dua variasi storan, iaitu 32GB pada harga RM1049 dan 64GB pada harga RM1399. Kedua-duanya didatangkan dalam pilihan pelbagai warna.

iPod Nano pula kini membawakan skrin paparan bersaiz 2.5-inci, serta didatangkan dengan sokongan Bluetooth, serta kebolehan menyokong aplikasi Nike+ melalui pedometer yang terbina padanya. Sama seperti iPod Touch baru, ia turut didatangkan bersama-sama dengan Apple EarPod dan juga kabel Lightning.

Pra-Tempah iPod Touch Generasi Ke-Lima

Pra-Tempah iPod Nano baru


TIPS & ULASAN