Skype Beta Untuk Windows Menyertakan Sokongan Akaun Microsoft Dan Facebook

Skype Beta Untuk Windows Menyertakan Sokongan Akaun Microsoft Dan Facebook

Diterbitkan pada Sep 14, 2012 oleh .

Dengan pengambil-alihan Skype oleh pihak Microsoft, nampaknya ia akan menerima lebih banyak integrasi produk-produk Microsoft padanya, sekaligus menguntungkan para pengguna. Melalui Skype 5.11 Beta untuk Windows, Skype mula memperkenalkan sokongan login dan daftar menggunakan akaun Microsoft Account ataupun Facebook.

Ini semestinya akan memudahkan para pengguna yang sedia mempunyai akaun Facebook ataupun Microsoft Account (dulu dikenali sebagai Windows Live ID) untuk menggunakan perkhidmatan Skype. Pada masa yang sama, untuk pengguna Microsoft Account, mereka juga turut boleh menghantar dan menerima mesej IM kepada rakan-rakan mereka yang menggunakan Live Messenger, Xbox, Hotmail mahupun Outlook.com.

Bagi para pengguna yang sedia ada akaun Skype pula, mereka boleh membuat pautan antara akaun Skype mereka dengan akaun Microsoft atau Facebook, sekaligus memudahkan mereka mengakses Skype.

Skype 5.11 Beta ini juga turut sama menyertakan kemaskini antaramuka kecil pada skype, menjadikannya lebih kemas dan mudah digunakan.

Muat-Turun Skype 5.11 Beta Untuk Windows


TIPS & ULASAN