Apple Melancarkan Perkhidmatan iCloud.com Baru Kepada Semua

Apple Melancarkan Perkhidmatan iCloud.com Baru Kepada Semua

Diterbitkan pada Sep 14, 2012 oleh .

Setelah diuji dalam bentuk beta sebelum ini, hari ini Apple memperkenalkan perkhidmatan berasaskan awan mereka, iCloud.com kepada semua, menyertakan beberapa fungsi dan aplikasi berasaskan web baru, seperti Notes, Reminders dan juga iWork.

Ia merupakan perkhidmatan tambahan kepada Mail, Contacts, Calendar dan juga Find My iPhone yang sedia ada sebelum ini. Aplikasi sedia ada ini juga menerima kemaskini, dimana salah satunya, Mail yang membawakan sokongan fungsi VIP yang diperkenalkan pada iOS 6 baru-baru ini.

Bagi mereka yang mempunyai akaun MobileMe ataupun iCloud sebelum ini, boleh melayari laman iCloud.com dan mencubanya sendiri. Semestinya sekiranya anda menggunakan pelbagai peranti iOS dan juga Mac, iCloud.com ini merupakan salah satu perkhidmatan yang tidak boleh dilupakan.


TIPS & ULASAN