Cari @ Amanz

HP sebelum ini telah pun mengambil-alih Palm, dan mematikannya, sebelum mengedarkan sistem operasi webOS dalam bentuk sumber terbuka. Walaupun ia kelihatan mereka pernah gagal, namun, HP kini mengatakan mereka akan mencuba sekali lagi, dengan memperkenalkan telefon pintar baru.

Perkara ini dikatakan oleh CEO HP dalam sebuah temuramah ringkas, dimana sebagai syarikat perkomputeran, mereka turut sama perlu menawarkan ia dalam pelbagai saiz. Pada masa kini, ramai pengguna mendapatkan telefon pintar sebagai peranti berbentuk perkomputeran pertama mereka.

Buat masa ini, apakah platform yang baka digunakan, dan bilakah ianya akan dilancarkan masih tidak diketahui sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd