Video Pendaratan Curiosity Ditambah Baik Dengan Kesan Audio

Video Pendaratan Curiosity Ditambah Baik Dengan Kesan Audio

Diterbitkan pada Sep 15, 2012 oleh .

Bagi yang mengikuti perkembangan sains angkasa dan NASA, semestinya mengetahui akan berkenaan dengan Curiosity Rover di Marikh. NASA sendiri telah berkongsi video pendaratan, namun kualitinya sedikit kurang dan tanpa bunyi. Namun, kini segalanya berubah dengan sebuah video baru yang disediakan oleh Brad Canning.

Video definisi tinggi terbaru ini ditambah baik menggunakan beberapa teknik, termasuk menambah baik video asal serta melakukan pembetulan warna dan sebagainya. Ia mengambil masa sehingga empat minggu sebelum ia disiapkan, dan kini dikongsikan kepada orang ramai.

Menariknya, video ini juga ditambah dengan audio, membolehkan anda menikmati pendaratan Curiosity Descent ini sepenuhnya. Namun, ia tidak diketahui dari manakah beliau mendapat audio berkenaan.


TIPS & ULASAN