Apple iPhone 5 Di Malaysia Seawal 26 Oktober?

Apple iPhone 5 Di Malaysia Seawal 26 Oktober?

Diterbitkan pada Sep 15, 2012 oleh .

Dengan permulaan pra-tempahan di beberapa buah negara, semestinya ramai yang menantikan bilakah peranti terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 5 akan tiba di Malaysia. Kini, menurut salah sebuah akhbar tempatan, Malay Mail, peranti tersebut mungkin tiba di Malaysia seawal 26 Oktober ini.

Ia dikatakan tiga penyedia telekomunikasi, Celcom, Maxis dan DiGi akan menawarkannya, sama seperti sebelum-sebelum ini. Namun, harga jualannya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Sebelum pelancaran iPhone 5 di Malaysia, semestinya ia memerlukan syarikat telekomunikasi tempatan bersedia dengan SIM berbentuk nano yang digunakan padanya. Daripada pertanyaan awal, syarikat telekomunikasi tempatan masih belum mempunyainya buat masa ini. Namun mungkin berubah sebelum penghujung bulan ini, memandangkan semestinya terdapat beberapa pengguna yang mendapatkan set awal daripada Singapura.


TIPS & ULASAN