Google Apps Mematikan Sokongan Untuk Internet Explorer 8

Google Apps Mematikan Sokongan Untuk Internet Explorer 8

Diterbitkan pada Sep 15, 2012 oleh .

Dengan arena pelayar web yang bergerak pantas, pelbagai teknologi baru yang diintegrasikan bersama. Ini sekaligus membuatkan pembangun sukar untuk menyokong pelayar web lama. Mengambil berat perkara ini, hari ini Google mengumumkan mereka akan mematikan sokongan untuk Internet Explorer 8.

Sokongan ini akan dimatikan sepenuhnya pada 15 November 2012, dimana lebih kurang dua minggu selepas pelancaran Internet Explorer 10 pada 26 Oktober kelak.

Selepas tarikh tersebut, para pengguna yang ingin mengakses Google Apps, GMail, Google Drive, dan sebagainya memerlukan Internet Explorer 9 ataupun Internet Explorer 10 untuk mengaksesnya. Sebagai alternatif lain, anda juga turut boleh menggunakan Firefox, Chrome atau Opera untuk mengakses Google Apps.


TIPS & ULASAN