Windows 8, walaupun belum dilancarkan, namun ramai pembangun telah sedia mengoptimasikan aplikasi dan perisian mereka untuknya, dan kini mengikut penganalisa bebas, ia dikatakan terdapat lebih dariapda 1,600 aplikasi di Windows Store.
Angka ini kelihatan sedang meningkat dengan drastik, sejak daripada pengenalan sokongan untuk pembangun di kebanyakkan negara, menjadikan pembangun daripada lebih 120 negara menjual aplikasi mereka melalui Windows Store.
Windows Store kelak akan menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan aplikasi-aplikasi menarik yang dioptimasikan untuk Windows 8. Windows 8 sendiri disasarkan untuk dilancarkan dalam lebih kurang enam minggu lagi, iaitu pada 26 Oktober kelak.
Significant surge in apps on the Windows Store yesterday. Almost 1600 Windows Store apps globally, 1153 in the US.
— Wes Miller (@getwired) September 14, 2012