Cari @ Amanz

Instagram telah menjadi salah satu lokasi untuk para pengguna melihat gambar-gambar dengan penambahan efek dalam menjadikannya lebih cantik. Namun, salah satu perkara yang sukar adalah untuk anda memuat-turun gambar dari seseorang pengguna secara satu demi satu ataupun keseluruhannya.

Untuk memudahkan perkara ini, salah satu aplikasi yang berguna adalah Free Instagram Downloader. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada para pengguna Windows, membolehkan anda memuat-turun gambar dari seseorang pengguna dengan mengetahui nama pengguna mereka sahaja.

Sebaik sahaja perisian ini dimulakan, anda akan diminta untuk memasukkan nama pengguna untuk sesuatu akaun. Setelah anda memasukkannya, ia akana memperlihatkan senarai penuh gambar-gambar yang telah dimuat-naik oleh pengguna berkenaan.

Anda boleh memilih untuk memuat-turun keseluruhannya, ataupun memilih sesuatu fail secara individu, dan menyimpannya pada folder yang ditetapkan anda.

Jad, bagi anda yang ingin membuat salinan pendua gambar-gambar anda di Instagram ke komputer, mungkin ini adalah salah satu perisian dan aplikasi yang boleh diuji oleh anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd