Windows Phone 8 Dilaporkan Telah Selesai Dibangunkan – Mencapai Fasa RTM

Windows Phone 8 Dilaporkan Telah Selesai Dibangunkan – Mencapai Fasa RTM

Diterbitkan pada Sep 15, 2012 oleh .

Sehingga kini, ia tidak diketahui bilakah Microsoft bakal melancarkan Windows Phone 8 secara rasminya kepada umum. Namun, kini laporan awal mengatakan Windows Phone 8 telah pun mencapai fasa RTM (Release to Manufacturing) dan mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan tidak lama lagi bersama-sama peranti baru.

Sebelum ini, beberapa pengeluar telah pun memperlihatkan peranti baru mereka yang bakal dijana menggunakan Windows Phone 8, termasuk Samsung dengan ATIV S, dan juga Nokia dengan Lumia 920 dan Lumia 820.

Windows Phone 8, seperti semua sedia maklum membawakan pelbagai perubahan pada platform mereka, termasuk menggunakan kernel yang baru berasaskan Windows NT, sokongan cip pemprosesan multi-teras, sokongan resolusi skrin yang lebih tinggi, disamping membolehkan para pembangun membangunkan aplikasi menggunakan C++. Ia turut dilengkapi dengan skrin permulaan yang baru, serta pelbagai perkara lain, termasuk sokongan mikro-SD dan juga NFC.


TIPS & ULASAN