Setelah 8 Tahun – Black Mesa Sedia Untuk Dimuat-Turun

Setelah 8 Tahun – Black Mesa Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Sep 15, 2012 oleh .

Black Mesa yang dimulakan pembangunannya pada tahun 2004, dengan tujuan membawakan permainan popular Half-Life yang dibina semula menggunakan ejin Source, akhirnya telah pun dilancarkan kepada umum, membolehkan sesiapa yang berminat memuat-turun dan memainkannya.

Black Mesa dimulakan oleh para peminat permainan Half-Life, dan setelah dinantikan sekian lama, kini mereka yang berminat boleh memuat-turunnya secara percuma, dan memainkan pada PC. Pembangunnya turut mengatakan mereka akan menambah beberapa perkara lagi pada permainan tersebut dari semasa ke semasa dalam memastikan ia kekal menarik.

Kami buat masa ini masih belum mencubanya lagi, dan mungkin akan memuat-turun dan memainkannya dalam sehari dua lagi. Bagi anda yang telah mencubanya, jangan lupa berkongsi pandangan anda berkaitan permainan ini bersama kami.

Muat-Turun Black Mesa Source


TIPS & ULASAN