HP Bender Menggunakan Platform Android Mula Kelihatan Di Penguji Tanda Aras

HP Bender Menggunakan Platform Android Mula Kelihatan Di Penguji Tanda Aras

Diterbitkan pada Sep 15, 2012 oleh .

Lanjutan daripada CEO HP yang mengatakan mereka akan memasuki arena telefon pintar kembali, kini sebuah peranti bar muncul pada laman ujian tanda aras, GLBenchmark, memperlihatkan peranti HP dengan nama kod Bender padanya.

Menariknya, ia bukanlah menggunakan webOS, sebaliknya dijana menggunakan Android, serta menggunakan cip pemprosesan dwi-teras Qualcomm S4 1.5GHz. Selain itu, ia juga memperlihatkan skrin bersaiz 1366×720 digunakan padanya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya bilakah peranti ini akan diperkenalkan, ataupun hanya sekadar ujian dalaman sahaja.


TIPS & ULASAN