Yes Memperkenalkan Pakej Pelan Jimat 1Malaysia

Yes Memperkenalkan Pakej Pelan Jimat 1Malaysia

Diterbitkan pada Sep 16, 2012 oleh .

Yes, seperti ramai sedia maklum, menawarkan internet mudah-alih yang paling laju di Malaysia, dan didatangkan dalam beberapa pilihan pakej pra-bayar. Terkini, ia dilihat, Yes turut menambah pakej khas dinamakan 1Malaysia Valuepack pada tawaran mereka.

Melalui pakej khas ini, ia menawarkan penggunaan data sebanyak 1GB pada harga cuma RM25. Bagi para pengguna yang menggunakan internet secara minima, mungkin ia merupakan salah satu pilihan pakej yang menarik, dan boleh melakukan penjimatan sebanyak RM5 jikalau dibandingkan dengan pelan penggunaan biasa.

Selain itu, pakej 1Malaysia Valuepack juga turut membawakan penambahan seperti panggilan percuma diantara rangkaian Yes selama 100 minit, dan juga SMS percuma sebanyak 300 mesej diantara talian Yes.

Bagi anda yang menggunakan atau ingin mencuba pelan Yes, mungkin ini adalah salah satu pilihan yang menarik untuk anda, disamping mengekalkan tempoh aktif talian Yes anda.


TIPS & ULASAN