Notifikasi Twitter Dan Facebook Mula Kelihatan Pada Skrin Kunci Windows Phone 8

Notifikasi Twitter Dan Facebook Mula Kelihatan Pada Skrin Kunci Windows Phone 8

Diterbitkan pada Sep 17, 2012 oleh .

Sehingga kini, Microsoft masih tidak mendedahkan fungsi penuh yang bakal diperkenalkan pada Windows Phone 8 kelak, namun satu demi satu mula kelihatan. Terkini, ia dilaporkan Windows Phone 8 turut sama akan menyertakan notifikasi dari laman sosial Twitter dan Facebook pada skrin kuncinya.

Daripada apa yang diketahui sebelum ini, ia dikatakan skrin kunci pada Windows Phone 8 akan membolehkan para pengguna menambah sehingga lima aplikasi, dan semestinya aplikasi sosial merupakan sebahagian daripadanya.

Selain daripada notifikasi daripada Facebook dan Twitter, sebelum ini, ia turut pernah diperlihatkan notifikasi daripada Skype dan aplikasi lain turut diintegrasikan bersama pada skrin kunci Windows Phone 8.

Mungkin lebih banyak info berkaitan dengannya akan dikongsikan oleh Microsoft, bukan sahaja bersama pengguna tetapi pembangun dalam masa terdekat.

Windows Phone 8 diura-ura akan dilancarkan pada penghujung Oktober, dengan peranti yang menggunakannya mula dijual dipasaran bermula November.


TIPS & ULASAN