Carian
Adobe Photoshop CS7 Tidak Lagi Akan Menyokong Windows XP
September 17, 2012 Aman

Nampaknya, dengan arena sistem operasi yang kini bergerak pantas, Adobe mengumumkan yang mana Photoshop CS6 (13.0) bakal menjadi versi terakhir Photoshop yang menyokong Windows XP. Versi selepasnya, iaitu Photoshop CS7 tidak lagi akan menyokongnya, dan memerlukan para pengguna menggunakan sistem operasi versi lebih terkini.

Ia dikatakan agak mencabar untuk mengoptimasikan perisian Photoshop untuk XP, memandangkan beberapa fungsi yang sukar diintegrasikan padanya. Perkara ini adalah disebabkan untuk menggunakan kuasa GPU sepenuhnya seperti sokongan 3D, efek dan sebagainya, ia memerlukan komponen yang lebih terkini, bersama-sama sistem operasi yang menyokongnya.

Microsoft sendiri sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mematikan Windows XP selepas April 2014, memberikan sistem operasi popular itu untuk hidup lebih kurang dua tahun lagi.

Microsoft juga bakal melancarkan sistem operasi terbaru mereka pada 26 Oktober ini, disamping ura-ura berkenaan Windows 9 telah pun mula kedengaran.

Komen