Cari @ Amanz

Ia kelihatan, setelah Home24 Singapura dimatikan perkhidmatannya, Rocket Internet turut mengambil langkah serupa untuk Home24 Malaysia. Laman utamanya tidak lagi boleh diakses buat masa ini, selain pada masa yang sama membuatkan ramai pelanggan mereka tertanya-tanya.

Home24.MY sebelum ini menawarkan perkhidmatan untuk membuat pembelian perabot rumah melalui internet, dan dihantar terus ke rumah secara percuma. Namun, ia kelihatan, perkhidmatan jual-beli oleh Rocket Internet ini tidak lagi aktif sejak bulan lepas.

Daripada laman Facebook mereka, beberapa pengguna melaporkan, perkhidmatan ini telah dimatikan, disamping yang lain mengatakan tidak menerima barangan, serta tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak Home24.

Adakah perkara sama turut akan menimpa Lazada dan juga Zalora milik Rocket Internet?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd