Cari @ Amanz

Hari demi hari, lebih banyak perkara bertemakan 1Malaysia hadir di arena web, dan terkini ia kelihatan sebuah antaramuka tema yang dinamakan 1Malaysia turut muncul di Google Play Store, khas untuk para pengguna peranti Android.

Melalui apa yang ditawarkan dan dibangunkan oleh OM Technologies Sdn. Bhd, ia merupakan rekabentuk antaramuka tema untuk peranti Android, yang ditawarkan secara percuma, dan membawakan logo 1Malaysia, serta gambar Najib Razak padanya. Disamping itu, ia turut menyertakan logo Sayangi selangor serta logo Barisan Nasional pada tema tersebut.

Daripada apa yang kelihatan, ia tidak membawakan sebarang perbezaan drastik berbanding dengan tema Go Launcher X yang lain, selain cuma perubahan pada gambar latar sahaja, serta kelihatan agak buruk apabila mengakses senarai aplikasi dan sebagainya.

Jadi, adakah sesiapa yang ingin menggunakan tema ini pada peranti anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd