Carian
iPhone 5 Menyertakan Memori Sebanyak 1GB RAM
September 17, 2012 Aman

Setiap kali memperkenalkan iPhone, pihak Apple tidak berkongsi akan maklumat berkenaan berapakah tenaga pemprosesan dan memori yang disertakan padanya. Seperti umum sedia maklum, iPhone 5 menggunakan cip pemprosesan A6, tetapi berapakah memori yang disertakan padanya?

Kini, MacRumors, setelah mengkaji perkara ini bersama pihak iFixit, mendapati yang mana Apple menyertakan memori sebanyak 1GB RAM bersama-sama dengan peranti terbaru mereka, peningkatan daripada 512MB RAM yang disertakan pada iPhone 4 dan iPhone 4S.

Perkara ini disahkan dengan merujuk kepada info produk keluaran Samsung yang menyenaraikan perkakasan memori mereka. Memandangkan Apple mengambil beberapa perkakasan daripada pihak Samsung, dan keluarga memori yang digunakan oleh Apple merupakan sebahagian daripada memori 1GB keluaran Samsung, maka perkara ini disahkan melaluinya.

Komen