Cari @ Amanz

Stan Lee sedia terkenal sebagai lagenda buku komik, dengan pelbagai watak superhero hari ini yang dihasilkan oleh beliau. Nampaknya, selain daripada buku komik, kini Stan Lee turut sama ingin menyertai industri permainan mudah-alih yang semakin popular dari hari ke hari.

Permainan baru yang dinamakan sebagai Verticus ini akan membawakan permainan berbentuk aksi pengembaraan, dan dalam membangunkannya, pihak Stan Lee, Lee’s Pow! Entertainment akan bekerjasama dengan Moonshark dalam membangunkannya.

Verticus ini akan menjadi penanda aras untuk kerjasama kedua-dua pihak ini, dimana sekiranya berjaya, mereka akan menghasilkan lebih banyak permainan menarik pada masa akan datang.

Buat masa ini, bilakah permainan ini akan dilancarkan masih tidak diketahui lagi. Namun, mengikut perancangan awal, ia akan dilancararkan sebelum penghujung tahun ini untuk pelbagai peranti iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd