KickStarter telah menjadi salah satu tempat dimana pelbagai idea bernas direalisasikan. Terkini, salah satu projek yang sedang meningkat naik dengan pantas adalah LIFX, yang mana merupakan mentol pintar yang didatangkan dengan sokongan LED padanya.
LIFX berfungsi sama seperti lampu mentol yang lain, dimana para pengguna hanya perlu memasangnya seperti biasa, dan turut mengawal menggunakan suis. Namun, tambahan yang menarik adalah dimana LIFX turut sama menyertakan integrasi WiFi, membolehkan anda mengawal menggunakan aplikasi khas pada iPhone atau telefon pintar Android anda.
Ia turut didatangkan dengan sokongan integrasi pelbagai aplikasi (SDK akan diperkenalkan kepada pembangun), membolehkan lampu anda menyala mengikut ritma notifikasi. Selain daripada itu, anda turut boleh mengawal kecerahan cahaya, warna lampu, dan sebagainya terus melalui telefon pintar.
Ketika artikel ini ditulis, dana yang dikumpulkan untuk LIFX melalui KickStarter telah pun melangkaui $230,536, lebih dua kali ganda daripada apa yang dipohon, dan mempunyai lebih 58 hari lagi sebelum pengumpulan dana untuknya ditamatkan.
- Info
- Projek LIFX Pada KickStarter