Cari @ Amanz

Dengan Samsung Galaxy S3 yang telah pun mencatatkan angka jualan melangkaui 20 juta unit, semestinya semua sedia ketahui, Samsung telah pun memulakan perancangan untuk peranti generasi akan datang mereka, yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan.

..skrin bersaiz 5-inci

Mengikut Korea Times, ia dikatakan Samsung akan memperkenalkan Galaxy S4 pada tahun hadapan, yang mana akan menyertakan beberapa perkara baru padanya. Ia dikatakan, Galaxy S4 akan didatangkan dengan sokongan LTE global, serta dijana menggunakan cip pemprosesan Samsung Exynos padanya. Skrin peranti tersebut dikatakan mungkin ditingkatkan menjadi 5-inci, dan kekal menggunakan Android seperti biasa.

Dari segi rekabentuk pula, ia dilapor akan membawa beberapa perubahan, tetapi akan mengekalkan bentuk segi empat dengan bucu yang sedikit membulat.

Samsung dikatakan akan membuat pelancaran untuk Galaxy S4 sedikit awal berbanding dengan kebiasaannya, berkemungkinan seawal Februari kelak, berbanding kebiasaannya pada bulan Mei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd