Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, ia kelihatan pihak Apple telah pun mengemaskini halaman sokongan fungsi pada iOS 6, dengan menyertakan notis, mengatakan sokongan navigasi pada Maps akan menyokong Malaysia pada bulan Oktober kelak.

Selain daripada Malaysia, negara jiran, Brunei dan juga Thailand bakal menerima sokongan serupa pada bulan Oktober.

Seperti semua sedia maklum, iOS 6 membawakan aplikasi peta yang serba baru, dan dibangunkan oleh Apple, mengantikan Google Maps yang digunakan sebelum ini. Selain sokongan navigasi, para pengguna tempatan juga akan mendapat akses untuk paparan satelit, dan juga melihat arah perjalanan padanya.

Namun, sokongan trafik dan juga bangunan dalam bentuk 3D ketika navigasi masih tidak diketahui akan disokong bila.

Tips awal daripada Ahmad Fuad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd