Carian
XtraFinder Menambah Sokongan Tab Pada Tetingkap Finder Di OS X
September 17, 2012 Aman

Sebelum ini, kami pernah berkongsi aplikasi Clover yang membolehkan para pengguna Windows menambah sokongan tab seumpama Chrome pada Windows Explorer. Tetapi, bagaimana pula untuk pengguna OS X? Kini, aplikasi XtraFinder memudahkan perkara tersebut.

XtraFinder versi terbaru kini menyertakan sokongan eksperimental berupa sokongan tab pada Finder. Ia membolehkan para pengguna OS X bekerja dan menguruskan lebih daripada satu tetingkap Finder pada sesuatu masa.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat eksperimental, maka sokongan tersebut tidak diaktifkan ketika pemasangan. Untuk menggunakannya, para pengguna OS X perlu mengaktifkannya dengan ke “Finder > XtraFinder > Preferences” dan menandakan bahagian “Tabs (experimental)”.

Selain daripada sokongan tab, ia juga turut menyertakan pelbagai fungsi menarik lain, termasuk kebolehan sokongan untuk dwi-panel, sokongan Cut & Paste, dan pelbagai perkara tambahan lain lagi.

Komen