Cari @ Amanz

(iOS) Ubah Gambar Anda Ke Bentuk Komik Manga Dengan Mudah

Oleh Aman

Link Copied!

Semestinya ramai yang meminati komik manga daripada Jepun, dan sekali sekala pernah mencuba untuk melukis. Kini, dengan arena teknologi yang berkembang pesat, sebuah aplikasi baru diperkenalkan dalam membolehkan para pengguna dengan mudah mengubah gambar rakaman anda ke bentuk manga.

Aplikasi yang dinamakan Manga-Camera ini ditawarkan secara percuma, menyertakan lebih daripada 20 pilihan bingkai dan corak, untuk membolehkan anda memilih bentuk yang menarik untuk gambar anda.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memilih bingkai yang disukai anda, dan kemudiannya merakamkan gambar menggunakan kamera peranti iOS anda (iPhone, iPod Touch atau iPad). Pembangunnya mengalakkan anda memilih latar belakang cerah ketika merakamkan gambar, supaya hasil akhirnya lebih cantik dan bersesuaian untuk diubah kepada bentuk manga.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini, dan sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi alternatif dengan fungsi lebih kurang sama, jangan lupa berkongsi bersama kami.


Komen ()