LG Pocket Photo – Pencetak Mudah-Alih Paling Kecil Di Dunia

LG Pocket Photo – Pencetak Mudah-Alih Paling Kecil Di Dunia

Diterbitkan pada Sep 17, 2012 oleh .

Berbeza dengan telefon pintar yang semakin membesar dari hari ke hari, pencetak pula kelihatan semakin kecil dan kompak. Terkini, LG turut sama mempertontonkan pencetak mudah-alih mereka, dinamakan sebagai LG Pocket Photo.

Daripada apa yang diperlihatkan, pencetak mudah-alih ini dihubungkan kepada peranti mudah-alih menggunakan sokongan Bluetooth, dan selesai sahaja dihubungkan, ia boleh dicetak terus daripada telefon pintar anda serta-merta, melalui sebuah aplikasi khas untuk Android.

LG Pocket Photo yang dikatakan sebagai pencetak paling kecil di dunia buat masa ini, bakal dijual pada harga 180,000 won (~RM487) di Korea. Ia masih tidak diketahui sama ada LG bakal memasarkannya di luar Korea ataupun tidak buat masa ini.


TIPS & ULASAN