Huawei Ascend W1 Menggunakan Windows Phone 8 Bakal Diumumkan Pada 25 September

Huawei Ascend W1 Menggunakan Windows Phone 8 Bakal Diumumkan Pada 25 September

Diterbitkan pada Sep 17, 2012 oleh .

Huawei Ascend P1 baru sahaja dilancarkan di Malaysia, namun nampaknya, Huawei bergerak pantas, dengan merancang untuk memperkenalkan peranti Windows Phone 8 mereka yang pertama, membawakan rekabentuk yang sama seperti peranti Ascend P1.

Peranti tersebut kelak dikatakan akan ditawarkan dalam warna hitam, putih, biru dan merah jambu, dan dikatakan bakal dikenali sebagai Ascend W1.

Huawei dijangka akan mengumumkannya kepada umum pada 25 September ini, dan akan mula dijual sekitar November atau Disember tahun ini. Spesifikasi penuh dijangka akan diketahui bersama-sama dengan pengumuman rasmi peranti ini kelak.


TIPS & ULASAN