Molome Bakal Hadir Ke Platform Windows Phone Dan BlackBerry 10

Molome Bakal Hadir Ke Platform Windows Phone Dan BlackBerry 10

Diterbitkan pada Sep 18, 2012 oleh .

Sementara Instagram yang masih tidak diketahui bilakah akan hadir untuk platform Windows Phone, salah satu pesaingnya, Molome, kini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan Molome untuk Windows Phone dalam masa terdekat.

Molome v3 dengan nama kod “Phoenix” ini bakal diperkenalkan untuk semua platform telefon pintar utama secara berperingkat, bermula daripada bulan September ini.

Molome v3 ini kelak akan membawakan antaramuka baru, dan lebih menarik untuk dikongsikan selain melayari gambar-gambar dan sebagainya. Fungsi baru yang bakal disertakan masih dirahsiakan lagi oleh pihak Molome.

Molome versi baru ini akan diperkenalkan untuk iOS, Android dan juga Windows Phone, selain turut akan diperkenalkan untuk BlackBerry 10.

Pada masa yang sama, pihak Molome turut mengatakan mereka akan terus mengemaskini aplikasi sedia ada mereka untuk pengguna Symbian, MeeGo dan juga BlackBerry OS.

Tips awal daripada Arif Ishak.


TIPS & ULASAN