Google+ Kini Mempunyai Lebih 400 Juta Pengguna Berdaftar – 100 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Google+ Kini Mempunyai Lebih 400 Juta Pengguna Berdaftar – 100 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Diterbitkan pada Sep 18, 2012 oleh .

Laman sosial daripada Google, iaitu Google+ (Google Plus) nampaknya meningkat popular dari hari ke hari, dimana terkini, Vic Gundotra mengumumkan kini Google+ mempunyai lebih daripada 400 juta pengguna berdaftar, disamping seramai 100 juta pengguna aktif bulanan.

Angka ini merupakan salah satu angka yang tinggi jikalau dilihat Google+ baru sahaja diperkenalkan kepada umum lebih kurang 12 bulan yang lepas.

Google+ buat masa ini, masih lagi kurang popular dikalangan pengguna tempatan. Namun, penggunaannya semakin meningkat dari hari ke hari, dimana beberapa acara sembang dilakukan melaluinya, termasuk oleh Lowyat.net dan juga baru-baru ini oleh Anwar Ibrahim.


TIPS & ULASAN