Cari @ Amanz

Bagi para pengguna iOS, mungkin anda sedia mengenali akan aplikasi SnapSeed, yang menawarkan sokongan penyuntingan gambar. Kini, hari ini, Google mengumumkan pengambil-alihan pembangunnya, Nik Software, dan pasukannya akan menyertai dalam pembangunan Google+.

Google+ sedia menawarkan beberapa sokongan dalam menjadikan perkongsian gambar lebih menarik lagi, dan semestinya dengan penambahan para pembangun daripada SnapSeed, ia akan memberikan pelbagai nilai tambah untuk platform sosial tersebut.

SnapSeed sebelum ini telah dilancarkan pada Jun 2011 untuk pengguna iPad, dan seterusnya diperluaskan untuk pengguna iPhone dua bulan selepas itu. Ia juga turut dinamakan sebagai aplikasi iPad menarik untuk 2011 oleh Apple. Pada awal tahun ini, ia turut melancarkan SnapSeed untuk Windows dan OS X, selain mengatakan akan melancarkan untuk Android tidak lama lagi.

Ia masih tidak diketahui sama ada aplikasi SnapSeed akan terus kekal di arena, ataupun dimatikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd