LG Optimus G Dilancarkan – Cip Empat-Teras S4 Pro, Kamera 13MP, 2GB RAM, LTE, Skrin 4.7-inci

LG Optimus G Dilancarkan – Cip Empat-Teras S4 Pro, Kamera 13MP, 2GB RAM, LTE, Skrin 4.7-inci

Diterbitkan pada Sep 18, 2012 oleh .

LG hari ini memperkenalkan peranti terbaru mereka yang dipromosikan selama ini, iaitu LG Optimus G, membawakan pelbagai perkara baru, dan spesifikasi yang agak tinggi melaluinya.

Dari segi spesifikasi, LG Optimus G didatangkan bersama-sama skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan resolusi 1280×768 (320PPI), cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro, memori sebanyak 2GB RAM, bateri terbina dengan kapasiti 2100mAh, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel, sokongan NFC, dan didatangkan bersama-sama sokongan Bluetooth 4.0 dan juga LTE. Untuk sistem operasi, ia dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Peranti terbaru LG ini turut menyertakan beberapa fungsi eksklusif daripada LG, selain rekabentuk yang agak menarik berbanding peranti lain di pasaran.

LG bakal mula menjual peranti ini di Korea pada minggu hadapan, dan akan mula dijual di pasaran global bermula bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN