Bentuk Permainan Bad Piggies Diperlihatkan Oleh Rovio

Bentuk Permainan Bad Piggies Diperlihatkan Oleh Rovio

Diterbitkan pada Sep 18, 2012 oleh .

Bentuk permainan Bad Piggies daripada Rovio yang sebelum ini menjadi tanda tanya ramai pengguna, akhirnya terjawab juga, apabila, kini pihak Rovio mengeluarkan sebuah video promosi khas yang terbaru, ekslusif bersama pihak Yahoo!.

Jikalau sebelum ini, pada Angry Birds, pemain ditugaskan untuk memusnahkan bangunan dan sebagainya, melalui Bad Piggies pula, para pemain ditugaskan untuk membina dan melarikan diri sambil mencuri telur.

Secara kasarnya, apabila dilihat, ia kelihatan seperti beberapa komponen daripada Amazing Alex turut sama diintegrasikan pada permainan Bad Piggies ini.

Bag Piggies dijangka akan diperkenalkan kepada umum pada 27 September kelak, dan akan ditawarkan untuk platform Android, iOS, Mac dan juga Windows.


TIPS & ULASAN