Kemaskini ICS Diperkenalkan Untuk Pengguna Huawei Honor Malaysia

Kemaskini ICS Diperkenalkan Untuk Pengguna Huawei Honor Malaysia

Diterbitkan pada Sep 18, 2012 oleh .

Bagi para pengguna peranti Huawei Honor di Malaysia, kini anda boleh memuat-turun kemaskini Ice Cream Sandwich, dan mula menggunakannya pada peranti Huawei Honor. Namun berbeza dengan kemaskini OTA, Huawei hanya menawarkan kemaskini secara manual buat masa ini.

Bagi para pengguna tempatan yang ingin mengemaskini, terlebih dahulu, anda perlu memuat-turun dail Ice Cream Sandwich khas untuk pengguna tempatan, sebelum mula memasangnya pada peranti anda.

Muat-Turun Huawei Honor Ice Cream Sandwich Malaysia

Untuk proses kemaskini, anda perlu:

  1. Buka fail *zip yang dimuat-turun.
  2. Salin semua fail ke dalam kad mikro-SD dan pastikan ia diletakkan pada bahagian paling luar, tanpa membuat sebarang folder khas.
  3. Matikan peranti anda dan masukkan kad mikro-SD tadi.
  4. Akses Settings > Storage > Software Upgrade > SD Card Upgrade > Confirm > Upgrade untuk memulakan proses kemaskini.
  5. Peranti anda akan dimulakan secara automatik dengan menggunakan Ice Cream Sandwich.

TIPS & ULASAN