Huawei Ascend D-Quad Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Huawei Ascend D-Quad Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Sep 18, 2012 oleh .

Huawei Ascend P1 baru sahaja dilancarkan tempoh hari, dan salah satu peranti yang turut sama diperlihatkan pada hari tersebut adalah peranti empat-teras daripada Huawei, iaitu Huawei Ascend D-Quad, yang dikatakan akan dijual di Malaysia dalam masa sebulan dua lagi.

Huawei Ascend D-Quad membawakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 720×1280 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan, serta didatangkan bersama-sama bateri berkapasiti 1800 mAh padanya.

Namun, dari segi rekabentuk, kami masih beranggapan Huawei Ascend P1 lebih cantik dan kemas berbanding Ascend D-Quad.

Huawei mengatakan mereka dalam proses pembincangan bersama pengedar tempatan, dan mungkin akan mengumumkan maklumat lanjut berkaitan dengannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN