Nuffnang Memperkenalkan Pembaca RSS Dengan Sokongan Sosial

Nuffnang Memperkenalkan Pembaca RSS Dengan Sokongan Sosial

Diterbitkan pada Sep 18, 2012 oleh .

Terdapat pelbagai aplikasi pembaca RSS yang popular seperti Flipboard, Google Currents, Pulse dan sebagainya, dan terkini yang memasuki arena yang lebih kurang sama adalah Nuffnang, melalui produk terbaru mereka dinamakan NuffnangX.

Sama seperti kebanyakkan aplikasi lain, ia turut mengesyorkan beberapa blog untuk dibaca, disamping membolehkan anda sendiri menambah blog yang diminati anda untuk dibaca melaluinya. Namun, sokongan pembacaan pada NuffnangX tidak begitu menarik, memandangkan ia membuka setiap kandungan melalui pelayar web terbina, dan bukannya dioptimasikan untuk pembacaan dan sebagainya.

Selain itu, apa yang membezakan NuffnangX mungkin adalah sokongan permesejan pada aplikasi tersebut menghubungkan anda dengan seseorang penulis blog dan laman web. Namun, kami masih tidak dapat mengujinya secara penuh buat masa ini.

Pada masa yang sama, dari ujian kami, aplikasi ini berhenti beroperasi beberapa kali, mungkin kerana tidak dioptimasikan untuk semua peranti buat masa ini. Ia juga kelihatan mengambil masa yang agak lama untuk memperlihatkan kandungan dari satu tab ke tab yang lain, membuatkan alternatif lain seperti Flipboard dan Pulse masih menjadi pilihan utama kami.

Muat-Turun NuffnangX untuk Android


Muat-Turun NuffnangX untuk iOS


TIPS & ULASAN