Samsung hari ini, melalui akaun Twitter rasmi mereka telah pun mengeluarkan kenyataan, mengatakan apa yang dilaporkan mengenai pelancaran Galaxy S4 pada awal tahun hadapan adalah tidak benar.
Namun, pada masa yang sama, tiada sebarang informasi tambahan yang diberikan berkaitan dengan Galaxy S4. Sebelum ini, semalam, ura-ura berkaitan dengan Galaxy S4 mula kedengaran, mengatakan ia akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dan beberapa penambahan lain, serta akan dilancarkan pada Februari kelak.
Untuk keluarga peranti Galaxy S, Samsung sering memperkenalkan kemaskini setahun sekali, dimana terbaru, Galaxy S3 telah diperkenalkan pada bulan Mei yang lepas, dan sehingga kini telah terjual lebih daripada 20 juta unit diseluruh dunia.
[알려드립니다] 일부 언론에서 보도한 ‘갤럭시 SⅢ 후속모델 출시 예정’ 이라는 추측은 단순루머일 뿐 사실이 아닙니다. 정해진 게 아무것도 없는데 왜 이런 소문이 퍼질까요 ㅜㅜ
— Samsung Electronics (@samsungtomorrow) September 18, 2012