Hari ini, Twitter mula memperkenalkan sokongan halaman profil yang baru, membolehkan para pengguna menambah gambar header, sekaligus menjadikan profil anda kelihatan lebih menarik pada peranti mudah-alih.
Walaupun ia kelihatan agak menarik pada peranti mudah-alih, namun pada paparan web, rekabentuknya agak kurang menarik berbanding sebelum ini.
Pada masa yang sama, pada web dan peranti mudah-alih tab baru ditambah, memudahkan anda mengakses pelbagai perkara, selain pada masa yang sama menemui perkara baru pada Twitter dengan lebih mudah.
Bagi anda yang menggunakan platform mudah-alih Twitter, anda boleh mula memuat-turun aplikasi iPhone, iPad dan Android yang diberikan nafas baru, disamping menambah gambar header pada profil anda.
Dan jangan lupa berikan pendapat anda berkenaan rekabentuk profil baru ini.
Muat-Turun Aplikasi Twitter untuk Android
Muat-Turun Aplikasi Twitter untuk iPhone dan iPad