Cari @ Amanz

Dengan pengumuman daripada pihak HTC yang bakal diadakan esok, kini gambar peranti HTC 8x yang dijana menggunakan Windows phone mula kelihatan. Namun, gambar yang tertiris ke arena web ini agak kabur, dan bagi para peminat HTC, mungkin anda boleh nantikan sehingga esok untuk pengumuman rasmi pihak HTC.

Daripada ura-ura yang kedengaran, ia dikatakan mungkin HTC akan memperkenalkan dua tiga peranti Windows Phone esok, dan salah satunya adalah 8x ini. Spesifikasi penuh untuk HTC 8x ini masih tidak diketahui sepenuhnya, namun ada beberapa laporan mengatakan ia akan membawakan skrin bersaiz 4.3-inci padanya.

Selain daripada HTC 8x, ia juga turut sama diura-ura akan HTC bakal memperkenalkan peranti Android mereka dengan skrin bersaiz 5-inci esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd