Fedora 18 Alpha Sedia Untuk Dimuat-Turun

Fedora 18 Alpha Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Sep 18, 2012 oleh .

Bagi para pengguna yang menantikan sistem operasi Fedora 18, mungkin kini boleh mencuba versi pembangunan awalnya, apabila hari ini, pembangun Fedora Project mengumumkan secara rasmi Fedora 18 Alpha yang sedia dimuat-turun oleh semua.

Fedora 18 disasarkan untuk pelancaran pada penghujung November tahun ini, dimana bakal membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.

Untuk Fedora 18 Alpha ini, ia menyertakan pelbagai kemaskini dari segi aplikasi dan perisian yang digunakan padanya, dimana menggunakan kernel Linux 3.6 RC2, GNOME 3.5.5, KDE SC 4.9, Cinnamon 1.6, serta menyertakan lebih daripada 70 fungsi baru padanya.

Salah satu perkara yang jelas perubahannya adalah skrin pemasangan Fedora, dimana kini ia membawakan antaramuka baru padanya, yang mana lebih ringkas, dan memudahkan para pengguna baru.

Fedora 18 Beta bakal dilancarkan kepada umum pada 23 Oktober kelak, sebelum versi akhir dilancarkan pada penghujung November kelak.

Muat-Turun Fedora 18 Alpha

Ini adalah versi pembangunan, yang mana mungkin tidak begitu stabil, dan mempunyai beberapa masalah yang masih tidak dikenal pasti. Namun, bagi yang berminat membantu dalam pembangunan, boleh memaklumkan sebarang pemasalahan melalui Red Hat BugZilla.


TIPS & ULASAN