Gambar iPad Mini Dengan Port Lightning Mula Kelihatan

Gambar iPad Mini Dengan Port Lightning Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Sep 19, 2012 oleh .

Selain daripada iPhone 5 yang baru dilancarkan baru-baru ini, salah satu perkara yang diperkatakan adalah iPad Mini, yang disasarkan untuk pelancaran pada bulan Oktober kelak, dan kini beberapa gambar baru memperlihatkan tablet bersaiz kecil daripada Apple.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana iPad Mini dengan port Lightning diantara dua speaker pada bahagian bawah, serta kamera pada bahagian belakang.

Namun, yang menjadi persoalan sekarang adalah berapakah harga jualannya kelak? Memandangkan iPod Touch yang baru dijual pada harga bermula RM1049, adakah Apple akan menjual iPad Mini pada harga yang lebih murah, ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN