Cari @ Amanz

Tempoh hari, ketika LepakIT di Pulau Pinang, salah satu perkara yang menarik minat kami adalah lukisan mural disekitar negeri tersebut. Jikalau ia sukar untuk mengetahui lukisan mural menarik di Pulau Pinang sebelum ini, kini sebuah aplikasi khas diperkenalkan, memudahkan para penduduk tempatan mahupun pelancong yang ke negeri Pulau Pinang.

Aplikasi percuma untuk iOS ini yang dikenali sebagai Penang Offline Mural Map, turut didatangkan bersama-sama sokongan luar-talian, dan peta yang terbina padanya, membolehkan anda menggunakannya walaupun tanpa sebarang talian internet.

Sebanyak 8 lukisan mural dan informasi berkaitan dengannya disertakan, dan diperlihatkan dalam bentuk peta, untuk memudahkan anda mencarinya ketika bercuti disana. Ia juga didatangkan dengan sokongan GPS terbina untuk mengetahui lokasi semasa anda di Pulau Pinang.

Selain daripada itu, para pengguna juga turut sama boleh menambah gambar mereka, dan membuat album gambar sendiri menggunakan aplikasi tersebut.

Bagi anda yang bakal bercuti ke Pulau Pinang tidak lama lagi, mungkin ini adalah salah satu aplikasi yang tidak boleh dilepaskan. Ia kini ditawarkan untuk iPhone dan juga iPad. Namun tiada sebarang berita untuk Android buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd