Satu demi satu fungsi baru diperkenalkan oleh Microsoft untuk perkhidmatan storan awan mereka, SkyDrive, dan terkini, hari ini Microsoft membawakan sokongan popular sistem operasi mereka kepada perkhidmatan storan awan – Recycle Bin.
Sama seperti pada sistem operasi Windows, pada SkyDrive, ia membolehkan para pengguna mendapatkan semula fail yang terpadam tanpa sengaja dengan mudah. Ia membolehkan para pengguna mendapatkan kembali fail yang terpadam oleh mereka, ataupun rakan mereka (ketika berkolaborasi), sekaligus menjadikan fail mereka lebih selamat berbanding kebiasaaan.
Pada Recycle Bin, fail tersebut akan disimpan selama lebih kurang 30 hari, sebelum dipadam sepenuhnya. SkyDrive juga akan memadam fail lama di Recycle Bin secara automatik sekiranya penggunaan pada Recycle Bin melangkaui 10% daripada ruangan simpanan SkyDrive sepenuhnya.