HTC Bakal Mengumumkan Peranti Windows Phone Mereka Pukul 11 Malam Ini

HTC Bakal Mengumumkan Peranti Windows Phone Mereka Pukul 11 Malam Ini

Diterbitkan pada Sep 19, 2012 oleh .

Dengan masa kurang 24 jam sebelum HTC memperkenalkan peranti terbaru, mereka masih tidak melepaskan peluang dalam membuatkan para peminat mereka ternanti-nanti, dimana mereka kini berkongsi sebuah gambar teaser khas melalui Twitter.

Tidak begitu banyak perkara yang didedahkan, dimana gambar tersebut memperlihatkan tarikh hari ini, iaitu 19 September, dan juga angka 10:08. Ramai yang masih tidak mengetahui maksud 10:08 buat masa ini.

Peranti ini bakal didatangkan bersama-sama Windows Phone 8 kelak, dan mungkin juga adalah peranti HTC 8X yang diperkatakan selama ini.

HTC bakal membuat pengumuman global mereka pada hari ini, pukul 11.00 malam.


TIPS & ULASAN