Humble Indie Bundle 6 Membawakan 8 Permainan Menarik

Humble Indie Bundle 6 Membawakan 8 Permainan Menarik

Diterbitkan pada Sep 19, 2012 oleh .

Bagi para peminat permainan indie, kini Humble Indie Bundle yang ke-enam telah pun dikeluarkan, membawakan beberapa permainan menarik, termasuk Torchlight, Rochard, Shatter dan beberapa yang lain lagi.

Seperti biasa, permainan ini dibawakan untuk pelbagai platform, termasuk Windows, Mac OS X, dan juga Linux. Menariknya mengenai Humble Indie Bundle adalah dimana anda boleh membayar sebarang nilai yang anda suka untuk mendapatkannya, dan apabila anda membayar nilai purata, anda akan mendapat permainan tambahan – Dustforce.

Jadi, bagi anda yang ingin menghabiskan masa bermain permainan yang unik, selain menyokong industri indie, mungkin boleh mendapatkannya hari ini daripada laman rasmi Humble Bundle.


TIPS & ULASAN