Sony Memperkenalkan PlayStation 3 Yang Lebih Nipis

Sony Memperkenalkan PlayStation 3 Yang Lebih Nipis

Diterbitkan pada Sep 19, 2012 oleh .

Sony hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan PlayStation 3 yang lebih nipis pada acara Tokyo Games Show, membawakan rekabentuk yang 20% lebih kecil daripada PlayStation 3 sedia ada, dan 25% lebih ringan.

PlayStation 3 baru ini akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam, serta membawakan pilihan ruangan storan sebanyak 250GB dan juga 500GB.

Buat masa ini, tarikh pelancaran di Malaysia ataupun negara berhampiran masih tidak diketahui lagi, dan harga jualan tempatan masih menjadi tanda tanya. Di Amerika Utara, ia akan dijual pada harga $269 (~RM822) untuk versi 250GB, dan $299 (~RM915) untuk versi 500GB.


TIPS & ULASAN