Penanda Aras SunSpider Memperlihatkan Cip A6 Pada iPhone 5 Lebih Pantas Daripada Intel Atom

Penanda Aras SunSpider Memperlihatkan Cip A6 Pada iPhone 5 Lebih Pantas Daripada Intel Atom

Diterbitkan pada Sep 19, 2012 oleh .

Mungkin semua sedia maklum, Apple iPhone 5 membawakan cip pemprosesan A6, yang menyertakan ARM dua teras pada kelajuan 1GHz. Tetapi bagaimana pula dengan prestasinya?

Mengikut AnandTech yang sering melakukan pelbagai ujian penanda aras dan sebagainya, cip pemprosesan A6 memperlihatkan keputusan yang menarik, lebih pantas berbanding telefon pintar yang lain di pasaran.

Daripada keputusan yang diperlihatkan, Apple iPhone 5 mencatatkan masa sepantas 914.7 ms, masa paling pantas berbanding peranti lain, mengatasi Lava XOLO X900 yang mencatatkan masa 1279.4, sekaligus menewaskan cip Intel Atom Z2460.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan cip A6 dioptimasikan sepenuhnya untuk pengurusan cache dan memori yang lebih baik berbanding cip Cortex A9 dan sebagainya. Dengan lebih banyak peranti baru yang bakal memasuki pasaran dalam bulan-bulan akan datang, mungkin kita akan melihat peningkatan lebih baik dalam pembangunan cip dan pengotimasiannya.


TIPS & ULASAN