Apple EarPod Mungkin Tidak Menghasilkan Kualiti Bunyi Yang Menarik

Apple EarPod Mungkin Tidak Menghasilkan Kualiti Bunyi Yang Menarik

Diterbitkan pada Sep 19, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan pelancaran peranti baru iOS, Apple juga turut memperkenalkan headset baru mereka dinamakan sebagai EarPod. Dan semestinya ramai yang tertanya-tanya akan bagaimanakah kualitinya.

Mengikut iFixit, dari segi rekabentuk, EarPod dibina dengan ketahanan yang tinggi, mengurangkan kekotoran pada wayar berbanding kebiasaannya, selain lebih tahan air atau peluh berbanding sebelum-sebelum ini.

Namun, satu persoalan adalah bagaimanakah dengan prestasi audio yang dihasilkan olehnya? Ia diperkatakan, kualiti audio yang dihasilkan oleh EarPod tidaklah berbaloi dengan harga jualannya, malah para pengguna boleh mendapatkan headset dengan kualiti lebih kurang bunyi yang lebih kurang sama pada harga kualiti lebih murah lagi.

Memandangkan ia didatangkan dengan peranti secara percuma mungkin perkara ini tidak dipersoalkan. Namun, adakah anda sanggup membeli EarPod secara berasingan pada harga RM109?


TIPS & ULASAN