Bagi para peminat francais permainan Street Fighter mahupun Tekken yang menggunakan peranti iOS, semestinya salah satu yang tidak boleh ditinggalkan adalah permainan terbaru daripada Capcom, Street Fighter x Tekken Mobile.
Menariknya mengenai permainan ini adalah selain daripada sokongan memainkannya secara perseorangan, ia juga turut didatangkan dengan sokongan memainkannya dengan rakan anda melalui WiFi ataupun Bluetooth.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya hari ini daripada AppStore pada harga $2.99, dan mula memainkannya bersama rakan-rakan anda.
- Muat Turun
- Muat-Turun Street Fighter x Tekken Mobile Dari AppStore
- Amaran
- Tidak sesuai dimainkan pada iPad 1 dan iPhone 3GS